Sunday, May 18, 2008

Average Monday

halu to all bloggers..

well,just wanna say hi to all of u.actually takder benda menarik nak dimuatkan disini.masih lagi dalam proses buat draf untuk segmen Piala Seri Endon 2007 yang lalu dimana aku participate with Sitha.kesibukkan kerja yang banyak telah membataskan aku untuk menyiapkan draf segmen ini.dah banyak hari dah aku delayed.coming soon..
hari ni cuti hari wesak.kepada penganut2 agama Budha di seluruh Malaysia,aku wish Happy Wesak day today.
ok lah...tu jer for now.see ya soon.

Saturday, May 10, 2008

Emak,Ummi,Bonda dan Ibu



apa khabar wahai sahabat bloggers sekalian.semoga kalian sihat sejahtera dan diberkati Allah SWt selalu hendaknya.amin.

Untuk ruangan kali ini,aku memberi penghormatan permaidani merah kepada bondaku sempena Hari Ibu pada hari Ahad,11 Mei 2008(esok).Umurku akan mencecah 29 tahun Julai ini.sudah tentu pengorbanan yang telah bondaku lakukan tidak akan dapat aku balas dengan wang ringgit.

sebagai seorang anak,aku amat berterima kasih tidak terhingga kepada bondaku.aku ingat lagi masa aku demam masa aku di tingkatan 1,bondaku bangun pukul 3 pagi untuk mengurut badanku yang sakit.habis satu badan aku diurut bondaku,ditambah pula dilapnya dahi aku untuk menurunkan suhu badanku yang panas.aku ni kalau demam memang tak boleh bangun seminggu.berat rasanya kepala aku.bukan itu sahaja bondaku pernah membuat kerja sampingan untuk mendapatkan wang tambahan untuk menyara keperluan adik dan aku sendiri.hasil daripada kerja sampingan itu,bondaku akan beri sebahagian duitnya didalam akaun asn/asb aku.banyak jugak masa tu.maklumlah masa tu masih sekolah lagi so banyak lah jumlahnya.nah....sepatutnya bondaku membelanjakan wang hasil usaha siang dan malam untuk dirinya tetapi diberikannya kepada aku.pernah juga dahulu di bulan puasa, hasil jualan kuih muih bondaku tidak laku walau sebijik pun(menitis air mata aku sampai sekarang bila aku flash back kisah ni).pasal cari rezeki,bondaku champion.macam2 dibuatnya tanpa putus asa.aku sedih tetapi riak wajah bondaku menunjukkan hatinya tabah dan kuat.aku ni memang minat badminton masa sekolah remaja dulu.tiap2 malam aku akan main badminton bersama2 adikku serta rakan2 aku.sampai ke tengah malam tak balik2 rumah.pada satu hari,aku merungut kerana raket badminton aku sudah berkarat dan sudah lama digunakan.entah pada satu hari pula,aku balik dari sekolah aku dapati bondaku tiada di rumah.aku bertanya kepada adikku,dia kata bondaku keluar.malamnya,bondaku balik dengan raket badminton yang baru.aku masih lagi menyimpan raket tersebut.tidak terdaya aku melihat bondaku demam.apakan tidaknya,bila bondaku demam atau pusing kepala maka bondaku tidak dapat bangun selama seminggu lebih lamanya.manakan tidak,seharian siang dan malam bertungkus lumus membesarkan aku dan adikku selain menyediakan keperluan seharian kami berdua.sebagai balasan aku pula yang jadi tukang urut,picit kepala bondaku serta membantu apa yang patut.tempang sungguh hidup aku bila bondaku jatuh sakit.begitu terasa sekali.

bondaku bangun seawal pukul 5 pagi untuk menyiapkan sarapan pagi aku sebelum pergi ke sekolah.ada 4 jenis menu untuk sarapan pagi yang diselang seli setiap hari.menunya ialah telur rebus,mee maggi(sup,kari ataupun asam laksa) campur telur,nasi goreng dan bubur nasi dengan ikan bilis.air pula air milo dan air nescafe panas.dikejutnya aku berulang kali dari tidur,liat nak bangun.sejuk beb bangun pagi2 ni.'belajarlah rajin2 nanti pandai senang.bukan aku yang senang engkau yang senang nanti.jangan nakal2.belajar betul2.,'nasihat bondaku setiap pagi.begitulah nasihat yang sama diberikan kepada aku setiap pagi.kerana dengan komitednya dalam didikan agama,aku khatam Al-Quran 2 kali.aku ingat lagi guru mengaji aku.Nek Ipon dan Mak Don.Besar sungguh pahala guru mengaji aku ni.Semoga dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.Amin.


bondaku tegas dan memang suka berleter.of course leteran dia ada makna.bonda mana yang tak berleter beb.satu kampung(masa aku tadika sehinggalah sekolah menengah aku dan keluargaku menyewa rumah di sebuah kampung di Kuching).aku dan keluargaku boleh dengar suara bondaku.siapa tak kenal bonda aku.Siti Nurhaliza pun kalah tone dia.bondaku pernah mengejar aku sekeliling kampung gara-gara aku degil.dikejarnya aku sampai dapat.haaa...jangan tak tau...hehehehe...kalah Marion Jones(pelari Olimpik tersohor dari Amerika Syarikat).Actually Marion Jones tu belajar berlari through my mom.hahahaha.aku pernah jugak dilumurnya bawang merah dan cili ke muka aku semuanya sebab aku naughty sangat.aku pernah lawan batu seremban yang bondaku.fuuuh,lotih eden dibueknyo.aku kalah teruk beb.sekali dia amik 7 batu sekaligus.dahsyat.maunya melopong ternganga aku.setiap kali aku main aku kalah teruk dibalun bondaku.huhuhuhuhu.



pasal masakan jangan lawan bonda aku.sudah tentu masakan yang paling sedap didunia adalah masakan yang dimasak oleh bonda.begitu jugalah aku.sampai sekarang ni,ikan terubuk goreng sambal sumbat,tempoyak goreng,sambal asam jawa(cecah ngan timun),ayam masak merah,daging masak kicap,sayur campur masak ala cina,cekodok ikan bilis dan lempeng hanya menyebut satu dua sahaja.aku boleh khusyuk dan tawaduk makan gara2 penangan masakan bondaku.ada aura.terbayang-bayang akan masakan bondaku bila berjauhan dengannya.apa lagi,time rayalah yang paling aku tunggu.tolong bomdaku masak.maklumlah takder adik perempuan,so aku gilir2 dengan adikku tolong bondaku masak.biasanya setiap raya,bondaku akan masak rendang Tok,kari ayam dan ketupat pulut.kitorang tak ramai,4 orang jer.but,rencah dia tak boleh lawan.sampai ke pukul 3 pagi baru siap.bondaku pantang masak lauk untuk raya awal2.tak fresh katanya.sudah semestinya ada ummppph dan power.selain itu bondaku champion dalam buat kek2 lapis ni.kehalusan dan ketelitian bondaku dalam buat kek lapis Sarawak amatlah aku kagumi.kalau aku buat maunya jadi kek entah apa apa entah.harum semerbak satu rumah bau kek lapis bondaku meresap ke tulang badan aku.wah..inilah buah tangan keramat bonda aku.selain itu,bondaku suka menanam bunga orkid dan bunga-bungaan lain.pelbagai jenis bunga orkid dan bunga-bungaan ditanam di halaman rumah.di depan rumah sampailah ke belakang rumah.masa pindah ke rumah baru,bondaku bertegas untuk membawa semua bunga orkid dan bunga2 lainnya.sayang sungguh bondaku dengan bunga-bunganya.bondaku boleh marah kalau ada pasu bunga dia pecah.haaa...dont play2.satu lori khas disewa untuk bunga2 bondaku sahaja..sampai sekarang halaman rumah menjadi siulan dan kegilaan jiran2 serta sedara mara yang datang menjenguk.inilah tangan sakti bondaku.apa yang ditanam semuanya menjadi.

aku bangga dan beruntung kerana mempunyai bonda yang terbaik di dunia.begitu juga dengan anak2 yang lain.mereka juga mempunyai bonda yang terbaik di dunia.dimana kan aku cari ganti,tiada bonda lain akan menjadi pengganti kepada bondaku.u r the one and only.i love my mom deeply in my heart very2 much.Janganlah kita menjadi Tanggang yang derhaka kepada bonda.janganlah kita lupa akan jasa dan pengorbanannya.jangan kita hantar bonda kita ke rumah orang2 tua.janganlah kita abaikan bonda kita.tanpa bonda,siapalah kita.cerminlah muka kita jika kita ingin jadi anak derhaka.jangan sekali-kali.

Ya Allah Ya Tuhanku,Engkau ampunkanlah dosa bondaku Ya Allah yang telah memberi makan dan minumku hasil rezeki yang dikurniakan olehMu ,memberi didikan agamaMu kepadaku serta menjagaku ketika sihat dan demam.Engkau peliharakanlah kesejahteraan kesihatan kepada bondaku.Engkau panjangkanlah umur bondaku,sesungguhnya aku masih lagi memerlukan belaian kasih sayang bondaku.Sesungguhnya Engkau Maha menganpuni lagi Maha menyayangi akan sekalian umat-umatMu.Amin.

Saturday, May 3, 2008

Carilah Pahala bekalan di Akhirat

Kepada bloggers yang budiman lagi saya hormati,
marilah kita menyokong usaha murni Yayasan Salam Malaysia.datanglah beramai-ramai ke Yayasan Salam Malaysia,8 Jalan Utara,46200 Petaling Jaya,Selangor.Atau boleh dihubungi di talian 03-79584021(Tel),03-79584031(Fax).Semoga kedatangan anda untuk menyokong dan membantu bersama-sama usaha murni ini akan diberkati Allah SWT.Amin.

Thursday, May 1, 2008

2007/08 UEFA Champions League,CHELSEA WON!


Perggghhhh.....lega aku bila melihat pasukan favoutite aku,CHELSEA menang semi final lawan Liverpool.cuak jugak nengok Chelsea main pagi tadi...lepas ni Rafael Benitez tercungap-cungap beb.Drogba awesome dude!Yusri,team kita march to final jupe Man.Unnited..To bang faizal,kita jumpa kat Moscow nanti.kepada Zafree,mintak maaf banyak-banyak sebab wa punya team lagi bagus...hahahaha...awas Man.United.CHELSEA!CHELSEA!
Related Posts with Thumbnails