Wednesday, March 31, 2010

Iklan Jawatan Kosong,Pelatih Pereka Tekstil Batik [DITUTUP]

Warga Malaysia yang berbakat tinggi dan berpengalaman dalam bidang tekstil rekaan batik adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan beberapa jawatan sebagai Pelatih Pereka Tekstil Batik pada Mei 2010 ini.Pemohon yang berjaya akan diserap ke bahagian pengeluaran serta bertanggungjawab sepenuhnya mereka dan menyedia rekaan batik yang terkini mengikut standard dan konsep yang akan ditentukan oleh syarikat.Pemohon mestilah berkeupayaan tinggi dalam mencanting dibawah pemerhatian penyelia seminimum mungkin.Pemohon juga hendaklah arif,boleh bekerja sebagai satu pasukan serta mahir dalam kepenggunaan teknik dan jenis warna.Berfikiran imaginasi yang kreatif di luar kotak adalah satu kelebihan.Gaji asas akan dinilai berdasarkan merit kerja anda.
Kemudahan asrama [ hanya tempat tinggal untuk lelaki disediakan buat masa ini] dan pengangkutan tidak disediakan.Jika anda menepati kriteria-kriteria diatas,anda dialu-alukan untuk menghantar resume beserta gambar anda ke kulashaker@live.com pada atau sebelum 15 Jun 2010.Resume yang tidak lengkap,tidak mempunyai gambar dan tiada tajuk tidak akan dilayan.Tajuk email ialah Iklan Jawatan Kosong,Pereka Tekstil Batik.Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk sesi pra temuduga [ujian ringkas kemahiran mencanting dan mewarna].Permohonan anda gagal jika tiada jawapan selepas seminggu dari tarikh resume dihantar.

Saturday, March 27, 2010

Terima Kasih

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anak Sarawak yang sudi meluangkan masa beberapa jam bersama-sama dengan kami di majlis open house Krismas/CNY baru-baru ini.Ada rombongan yang datang dari jauh seperti rombongan Universiti Malaysia Terengganu,UiTM Bandar Jengka,Pahang,USM Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Malaysia Johor.Saya amat menghargai kesudian anda semua hadir ke majlis ini.Semoga kita berjumpa di lain majlis dan saya mengharapkan untuk bertemu lagi dengan anda semua lagi.Terima kasih daun keladi.

Wednesday, March 10, 2010

Persatuan Anak Sarawak Semenanjung [PASS]


Dengan rasa rendah diri saya mempersilakan semua anak Sarawak yang sedang mengikuti pengajian,menetap dan bermastautin di seluruh pelusuk Semenanjung untuk hadir beramai-ramai ke majlis seperti di bawah ini,
Acara :Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru Cina
Tarikh :24 Mac 2010,Rabu
Masa :1900hrs-2300hrs
Tempat :Kompleks Yayasan Sarawak,No.1,Jalan Stonor off Jalan Conlay,KL.[Belakang KLCC]
Saya juga ingin menyeru agar dapatlah jua kita memberitahu serta menghebahkan kepada anak-anak Sarawak yang lainnya berhubung dengan majlis ini.Kehadiran anda semua ke majlis ini adalah amatlah dialu-alukan.
Untuk sebarang maklumat terkini,sila layari Facebook search dan join Persatuan Anak Sarawak Semenanjung [PASS] ataupun anda bolehlah sentiasa up date di laman ini.
Jumpa anda di sana.

Related Posts with Thumbnails